KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG
Ubi keledek adalah sejenis makanan yang kaya dengan kandungan beta karotena . Beta karotena adalah sejenis sebatian tumbuhan yang akan bertukar kepada vitamin A dalam tubuh badan anda .
Vitamin A amat diperlukan untuk tumbesaran janin yang sihat . Wanita hamil disarankan untuk meningkatkan pengambilan vitamin A sebanyak 10 hingga 40 peratus dalam pemakanan harian mereka .
Ubi keledek adalah sumber terbaik bagi beta karotena kerana sebanyak 100 – 150 gram ubi keledek yang telah dimasak mampu memenuhi keperluan harian anda .
Brokoli dan juga sayuran berdaun seperti sawi dan bayam mengandungi banyak kandungan vitamin yang amat diperlukan oleh seorang wanita mengandung .
Makanan untuk ibu hamil ini mengandungi serat , vitamin C , vitamin K , vitamin A , kalsium , zat besi dan juga kalium .
Selain itu , sayur-sayuran jenis ini juga kaya dengan kandungan antioksidan dan juga sebatian tumbuhan yang memberi manfaat terhadap sistem imun dan juga pencernaan.
Disebabkan oleh kandungan serat yang tinggi , sayuran ini juga sangat membantu dalam mengelakkan sembelit .
ILMU TENTANG PENYUSUAN
Tak ramai ibu bapa yang buat perkara ini . Majoriti ibu bapa terlalu sibuk dengan persediaan lain sehingga terlupa aspek yang paling penting dalam persediaan bersalin .
Adalah sangat penting untuk kedua ibu bapa mencari ilmu tentang mengandung , melahirkan & penyusuan supaya benar-benar bersedia bila bayi selamat dilahirkan .
BARANG KEPERLUAN IBU
Selain barang keperluan bayi , keperluan ibu juga jangan dilupa kerana ianya sama penting . Di antara keperluan ibu ialah :
- -Set berpantang .
- -Alatan penyusuan seperti breast pump , pemanas susu , plastik simpanan susu , dan sebagainya .
- -Maternity pad .
- -Pakaian semasa di hospital .
Ini adalah di antara perkara paling menyeronokkan bila nak sambut orang baru . Apa pun , jangan sesekali lupa pesanan orang tua iaitu jangan terlalu seronok. Berpada-pada . Biasanya kami tunggu kandungan mencecah usia 5 bulan sebelum mula shopping barang baby .
Untuk anak pertama , sememangnya kita perlu membeli banyak barang . Tapi untuk anak kedua & seterusnya , ada sesetengah barang boleh gunakan yang sedia ada . Contohnya pakaian , tab mandian , alatan memotong kuku , dan barangan lain yang masih dalam keadaan yang baik .
Jika anda ingin mengetahui lebih banyak keperluan tentang kehamilan atau pun supplement terbaik Shaklee semasa mengandung , selepas bersalin dan berpantang , hubungi saya :
WHATSAPP-0109428932[LILY]
FACEBOOK-AURORA VIOLET
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment