KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

Bagi wanita , mengandung adalah peristiwa yang sangat bermakna . bermula saat menjalani ujian kehamilan sehingga disahkan doktor diri sedang berbadan dua . ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan . pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat , tetapi juga sihat fizikal dan mental . Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin . Saya akan kongsikan kepada anda sedikit tentang keperluan WANITA MENGANDUNG . Diet sangat penting , terutamanya makanan untuk ibu mengandung . Anda sebenarnya memerlukan kalori tambahan lebih daripada keperluan harian anda sebelum anda hamil . Ini boleh didapati daripada diet atau makanan untuk ibu mengandung , lebih-lebih lagi jika anda sedang berada dalam trimester kedua dan ketiga . Ini adalah beberapa senarai diet untuk ibu-ibu hamil : UBI KELEDEK Ubi keledek adalah sejenis makanan yang kaya dengan kandungan beta karotena . Beta karotena adalah sejenis sebatian tumbuhan yang akan bertukar kepada vitamin A dalam...